Tuesday, June 17, 2008

Caution!!!

Strategi syaitan profesional

SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan.

Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terjang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.


Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.

Antara strategi syaitan ialah:



1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan.

Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang meyakinkan."

Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia.

Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan.

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi s.a.w dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."

Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran.

Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.

3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas, sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan berasa bersama dengan Allah.

4. Syaitan sangat suka orang sombong diri, sebaliknya syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri.

Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh' (Tuhan).

Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu 'BEST'. B merujuk kepada 'believe in Allah' (beriman kepada Allah), E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati), S ialah 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas) dan T ialah 'towards excellence' (menggapai keunggulan).

Cuma satu hal, apabila sudah berjaya jangan sombong diri, nanti makan diri.

By : Abe Mi

Tuesday, June 10, 2008

Gadis Kecil

Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar matahari pagi

Demikianlah gadis kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.

Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
'saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.'

Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya

sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'

Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?

Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.

ini sajak favorit saya dari sasterawan negara. harap teman2 juga dapat nikmati...

Saturday, June 7, 2008

Rumahku Syurgaku


Lanskap kat blakang rumah...

Friday, June 6, 2008

Intisari dari Kajian Tafsir di Rumah Nabil tanggal- 5/6/2008


Tafsir Al-Quran

Pada umumnya tafsir dibagikan kepada 2, yaitu tafsir al-maudhu’,tafsir tahlili,

Tafsir al –maudhu’ sesuai dengan pengertiannya, ialah tafsir yang digolongkan mengikut pokok bahasan atau tajuk sesuatu perkara. Manakala tafsir tahlili pula dibagikan kepada dua yaitu tafsir at tarteeb dan tafsir nuzuli, tafsir at tarteeb ditafsirkan mengikut urutan surah di dalam al-Quran, yaitu bermula dari surah al-Fatihah sehingga surah an Nas, tafsir nuzuli pula ditafsirkan mengikut turutan turunnya ayat al-Quran, bermula dari surah al- A’laq, kemudian surah an Nun dan seterusnya.

Pada kajian tafsir pertama malam tadi, ustaz Syahril menafsirkan surah al-Fatihah.Al- Fatihah bermaksud pembukaan, sebab surah ini kita baca di permulaan solat.Surah ini juga dinamakan sebagai ummul kitab, ya’ni ibu kepada Al-Quran, Selain itu ia juga dinamakan sab’uu masani, yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang, kerana ia merupakan surah yang dibaca di setiap rakaat solat.Ada sebagian ulama’ berpendapat ucapan basmallah itu adalah sebagian dari surah al-fatihah,dan ada juga yang mengatakan basmallah itu merupakan ayat yang berdiri sendiri.

Malam tadi dibahaskan tentang penafsiran dari ayat pertama dari surah ini yaitu, kalimah bismillahirrahmaanirrahim. Dalam ayat ini kita menemukan kata Allah, yang mana nama Allah ni merupakan nama/isim zat yang paling agung, cuba kita lihat,kata Allah itu kalau kita buang huruf pertama ,ia akan jadi Lillah, yang bermaksud untuk Allah,kalau kita buang huruf lam yang kedua ia akan jadi Lahu,yang bermaksud pada-Nya, kemudian kalau kita buang lagi satu,maka sebutan yang tertinggal adalah Hu,yang bermaksud Dia, Subhanallah, disini kita melihat betapa hebatnya Allah S.W.T, nama-Nya sahaja menunjukkan dirinya yang Maha Agung. Mari kita lihat maksud Ar Rahman, yaitu Yang Maha Pengasih, sifat Ar- Rahman ini ditunjukkan kepada semua makhluknya, baik yang tidak beriman, yang beriman serta seluruh makhluknya di muka bumi ini.Sebab itulah kita lihat orang tak beriman pun Allah bagi rezeki kepada mereka,bahkan kadang-kadang kita lihat rezeki yang diberikan Allah kat org2 tak beriman ini lebih banyak lagi, Kerana apa sobat2 sekalian, sebab Allah bersifat dengan Ar- Rahman yang Maha Mengasihi segala-Nya. Kemudian penafsiran dari Ar Rahim pula adalah Yang Maha Penyayang, sifat Allah yang ini hanya dicurahkan kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa, orang-orang yang mengharapkan kebahagiaan yang hakiki.

Best kan belajar tafsir ni , ni secara ringkas jer kawe tulis, apa yang sempat di rekod dalam memori. Mungkin nak berkongsi dengan sahabat-sahabat yang tak dapat hadir malam tadi,kalau ade salah silap,tegur la,kawe pun baru belajar-belajar jugok. Moga-moga dengan belajar ilmu agama ni dapat kita mengenali Allah S.W.T dengan benar,dan kita tahu apa mahunya Allah kat kita,dan moga-moga menjadikan kita orang-orang yang disayangi Allah. Jadi datanglah ke pengajian mingguan supaya semakin kenal kita akan Dia.

by abe mi

Thursday, June 5, 2008

Anda ingin KOMPAK?

Kebelakangan ini banyak isu-isu yang timbul di sekeliling kita. Tak lupa juga di group FS PKPMI. Terkadang masalah-masalah seperti ini tak lain dan tak bukan adalah akibat dari ringkihnya ukhuwah dikalangan kita. Selain itu bisa juga diakibatkan komunikasi yang tidak lancar diantara pimpinan dan ahli PKPMI, ataupun diantara ahli sendiri. Banyak diantara kira yang bersusah payah dan bertungkus lumus mencari solusi dari permasalahan tersebut.

Nah!! Sekarang anda tidak perlu lagi pusing memikirkan solusinya karena sebenarnya fasilitas untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut telah tersedia. Cuma banyak diantara kita yang tidak menyedarinya.

Kami warga BG63 menjemput semua ahli dan pimpinan PKPMI untuk bersama-sama menghadiri pengajian mingguan di rumah saudara Nabil di Perumahan Dosen Unhas setiap malam Jumaat jam 8.00pm. Disana anda akan mendapatkan solusi-solusi yang telah dijelaskan oleh Al-Quran dan Hadith yang pasti dapat menyelesaikan semua permasalahan anda. Selain itu, program ini menjadi ajang untuk bertukar-tukar fikiran supaya kita dapat bersama-sama membangun komunitas kita.

Banyak masalah yang terjadi adalah kerana orang Islam sendiri tidak memahami Islam. Sesungguhnya Islam menjunjung kebenaran dan keadilan. Tidak mengira bangsa dan kaum.

Akhirnya saya ingin mengutip kata-kata saudara Muhaimin…

kita kembali memperkasakan Islam dalam diri kita

Wednesday, June 4, 2008

Terimakasih Paklah!!!

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.50 seliter berkuat kuasa tengah malam ini

04/06/2008 6:02pm

Putrajaya 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.50 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan.

- Utusan.

Kelalaian yang Melenakan

OLEH : Mohd Hafidz Rizal

Mus’ab bin umair r.a adalah seorang yang berpribadi muslim yang lurus,benar dan tidak termasuk dalam golongan musyrikin dan ,jasadnya dicincang demi membela dan memartabatkan agama Allah, Muaz bin Jabal tidak pernah menyia-nyiakan waktunya, dia adalah seorang hamba Allah yang senantiasa mengkaji dan mengajarkan Al-quran dan As-sunnah serta mendakwahikan manusia menuju kepada kefahaman islam yang mendalam, Utbah bin kaab orang yang tidak pernah melalaikan Al-quran,dia juga adalah seorang “Qurra” (imam dan pemimpin para qari), yang senantiasa berkomunikasi dengan Al-quran, dia jadikan qalam Allah tersebut seperti teman sejatinya yang mana teman yang baik itu akan membawa kepada kesuksesan di akhirat kelak, itu antara 3 orang muda yang berjaya menahan diri mereka daripada terpengaruh dengan panggilan-panggilan syaitan, bukan hanya 3 orang ini sahaja yang dapat kita bahaskan, tetapi beberapa orang malahan puluhan orang-orang muda yang boleh kita ceritakan tentang kehidupan pada usia muda mereka…oleh yang demikian marilah kita mempertanyakan diri kita masing-masing adakah kita termasuk dalam nama-nama besar diatas?…adakah kita sedar kondisi diri kita sekarang?...ataupun kita sama sekali tidak mengenal mereka dan sama sekali tidak mau menuruti pribadi mereka yang berjaya memposisikan diri masing-masing menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang di pandangan umat islam hinggalah pada ke saat ini. Orang-orang muda sekarang sibuk dengan hal-hal yang bersifat murahan contohnya perdebatan-perdebatan tentang Hadis-hadis Ahad,cuba kita tanya kepada mereka yang sedang berdebat, berapa puluh hadis yang telah mereka hafal ?berapa kitab hadis telah mereka khatam atau belum pernah membaca sekali pon ? Sehinggakan mereka begitu yakin dengan hujjah-hujjah yang mereka lontarkan tadi, dan akhirnya perdebatan-perdebatan tadi membawa kepada permusuhan dan ada juga yang berkelahi…saya melihat ada beberapa sahabat-sahabat kita sibuk untuk berdemostrasi yang kadang-kadang pada saat melaksanakan demostrasi terjadi percampuran antara laki-laki dengan perempuan, merusak harta benda sekeliling, memacetkan jalanan dan banyak lagi kesilapan-kesilapan kita disitu yang mana sahabat-sahabat kita ini sedar atau tidak sedar mereka telah melepaskan usia muda dengan begitu mudah tanpa mendapat erti – erti yang bermakna yang dapat memberi bermanfaat untuk orang yang banyak,, saya secara pribadi ingin bermuhasabah untuk diri sendiri bahwa bilakah kita umat muslim akan menjadi pemenang-pemenang nobel ( orang –orang terbaik kerana sumbangan yang dia berikan kepada dunia ) bilakah ? atau sampai ke akhir zaman kita umat islam tidak akan merasai untuk menaiki podium penerima - penerima nobel, dengan problema yang saya sebutkan tadi, maka dengan demikian saya merasakan bahwa dengan kembali kepada penghayatan agama sahajalah kita dapat menyelesaikan masalah manusia, tanpa solusi dari agama maka menjadi barang pasti problema yang kita hadapu sekarang tidak dapat kita tuntaskan dengan baik dan sempurna, oleh yang demikian hadis dibawahii akan menceritakan sifat-sifat mulia yang harus dimiliki oleh orang-orang muda zaman sekarang,

Ada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah, pada hari tak ada naungan selain naungan-Nya:

1. pemimpin yang adil

2. pemuda yang giat beribadah kepada Rabbnya

3. seseorang yang hatinya selalu lekat dengan masjid

4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah,mereka bertemu dan berpisah kerana Allah

5. Seorang pemuda yang dirayu oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan,namun ia berkata “ Aku takut kepada Allah”

6. Seseorang yang berinfaq secara sembunyi-sembunyi,sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.

7. Dan seseorang yang mengingat Allah dalam kesendirian hingga menangis. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari ketujuh-tujuh golongan diatas maka dapat kita tangkap atau memahami, jika semua kalangan orang muda ini tadi melakukan hal yang demikian maka insyallah ia akan membentuk mesyarakat yang betamadun dalam semua perkara, orang-orang muda tidak akan senang untuk beremosi dalam berhujah, berdemostari pun akan menjadi tertib, dan saya yakin akan lahirlah NOBEL MAN dari kalangan orang-orang muda muslim

Jadi ada beberapa bentuk kelalaian dan kesia-siaan hidup generasi muda, kerana kita semua termasuk dalam orang-orang yang mengabaikan dan kurang peduli dengan nasib pemuda, generasi muda sekarang, mereka terekspos kepada pelbagai godaan-godaan yang bersifat duniawi baik kepada laki-laki mahupun perempuan,saya sendiri (orang muda) yang menulis harus menahan diri daripada terpengaruh dengan hal-hal yang boleh membawa kerusakan akhlak dan tingkah laku, kita berharap mudah-mudahan Allah senantiasa menyayangi kita serta berkenan untuk menerima taubat kita, berkenan pula untuk mengembalikan kita dengan cara kembali yang baik. kita juga bermohon kepada Allah s.w.t agar menutupi aib dan cela kita, memelihara, dan memberikan petunjuk-nya serta memberikan pertolongan dan kekuasaan kepada kita semua .berikut ini adalah bentuk-bentuk kelalaian yang generasi muda jadikan sebagai permainana seharian mereka, ia telah dapat dilistkan oleh ulama’ Arab Saudi Dr A’idh Al-Qarni M.A:

· Mengolok-olok ulama dan juru dakwah

- Mereka menganggap remeh dan sepele tindakan “ memakan daging” (mengumpat ) para ulama dan juru dakwah.Bahkan para pemuda ini sering menjadikan mereka sebagai santapan gossip yang lezat dalam setiap perkumpulan.suatu kaum dan suatu bangsa tidak akan pernah bersih dan tenteram,kalau para ulama dan juru dakwahnya tidak dihargai dan dimuliakan.

Allah s.w.t berfirman :

“sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya,hanyalah ulama.Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi Maha Pengampun” ( Az-Zumar : 9 )

· Menjauhi masjid dan pengajian

· Berlebihan dalam bermain dan berolahraga

· Tidak mempedulikan olahraga yang dianjurkan Islam

· Memakai pakaian pendek

· Memanjangkan rambut dan memajang gambar

· Memanjangkan kuku

· Hobi berteriak dan saling mencela

· Menjadi supporter yang fanatic

· Enggan menikah kepada yang sudah sampai waktunya

· Mengidolakan non-muslim

· stylo

· Terpengaruh Iklan

· Menjadi pelanggan salon kecantikan

· Merokok

· Kecanduaan dadah dan yang sejenis

· Kerajinan tayangan tv dan video.

Akhirulkalan, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimullah ada mengatakan “ Setiap muslim dilahirkan dengan dua kali kelahiran: kelahiran yang pertama,ketika ibunya melahirkannya. kelahiran yang kedua, ketika dia mengikuti hidayah dan mengikuti Rasulullah s.a.w barangsiapa tidak dilahirkan pada kelahiran yang kedua, maka kelahiran pertamanya tidak ada gunanya bagi dirinya. Kerana kelahiran yang pertama sama seperti kelahiran haiwan, binatang melata, binatang ternak, burung-burrung, dan serangga”.nauzubillah…mari lah kita semua berfikir dan merenung setiap tindak tanduk kita, mudah-mudahan tindakan yang kita perbuat memberi faedah kepada semua tingkat manusia.

Movie Monthly


“There is a way to be good again”

It’s the phrase that appeared at the front of the movie cover. Instantly I took it out of the shelf and bought it. It’s been a few months back when I first saw the thing in the shape of a novel in granmedia (translated edition). All the thumbs up it received really tick me inside to try and grab one for reading purpose but I hesitated, because the novel is not in her original language. It might hinder all the enthusiasm given for the best- selling novel (personal opinion) without underestimating the translated copy.

Although it took me a week to finally watch it, the film doesn’t disappoint me. Although some interpretation in the film must been biased to others but the message is clear, the story of friendship that lasts for as long… and sometimes even a children could portrayed much complicated action in their course of friendship. It started with Amir remembering his childhood in Kabul after receiving a phone call from his late father’s friend, brought him back to the past. The way those children flying their kites on the clear sky of Kabul, and Hassan (Amir’s friend) run to catch the kite, reminded me the “Children of Heaven” . It has the same aura of the Iranian film but a heavier content inside.

Amir loved to write and Hassan loved to hear him story told. Amir’s the son of the house owner while Hassan the housekeeper’s son. Hassan was ever faithful, always stood for Amir. In the society of Afghanistan before the soviet invasion, there was racial issue that rose between the two ethnic Hazara and Pushtun that still going on until today. Amir betrayed Hassan by letting him to be bullied because he was too afraid to stand for him but Hassan loyalty is unquestionable. It took decades for him to correct the mistakes in the form of Sohrab, Hassan’s son. Taliban was portrayed badly in this film, a cliché of western film maker. But Samy Yusuf “ Supplication”in the final chapter is soothing. Amir return to Kabul for redemption and it ended well for him. Always love a happy ending story. A nice story with some heavy content and childhood memory bound altogether. Although I disagreed with some aspect of the story, but somehow it went well till the end. A memorable ending I would say worth the “chidren of heaven” and the” colour of paradise” as Amir exclaimed the word Hassan used to say before he ran for the kite “for you I would a thousand times over”.

By: Ibnu Taqiyyah

Tuesday, June 3, 2008

Benturan 1

Benturan…

Punya makna tersendiri

Sedang karang pun tidak pernah menafikan datangnya ombak

Kehidupan juga bagian dari benturan-benturan

yang pada akhirnya

menjadi pasir yang memipih

atau tetap tegar

Seperti ombak memberi bentuk pada karang

Gelombang kehidupan juga bisa membentuk pribadi

Karang/pasir..


By: ibnu taqiyyah

Ingat Keselamatan Ta'

Kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang tinggal di Perumahan Dosen UNHAS…AWAS!!! Selalulah berwaspada dan berhati-hati…Mungkin kawasan PERDOS kelihatan aman-aman saja…tetapi kebelakangan ini banyak hal-hal yang membimbangkan terjadi….malam kemarin motorsikal salah seorang penghuni BG63 hampir dicuri…..Alhamdulillah pencurinya tidak sempat untuk membawa lari motorsikal tersebut..tetapi seatnya telah tertanggal. Cuba perhatikan dengan cermat lingkungan kita….dinding-dinding dicoret…anak-anak muda ada yang melepak di pinggir-pinggir jalan hingga larut malam…lingkungan seperti ini amat mengkhuatirkan…rawan kecurian.

Kalau ditelusuri, sebelum ini telah banyak kes-kes kecurian dan perampokan berlaku…ada diantara rumah adik-adik di PERDOS yang sudah 2 kali kebobolan maling. Malah pernah di sianghari ketika lagi solat Jumaat di masjid. (tetapi tidak menjadi alasan untuk setelah ini tidak ke masjid untuk solat jumaat) Ada juga sahabat yang dirampok dan diancam dengan pisau ketika pulang berjalan kaki dari pintu wesabbe. Ada juga ibu-ibu yang diragut rantai emasnya di siang hari ketika berjalan pulang.

Berikut adalah beberapa saran dan tips yang dapat dikongsi bersama:

1. Jangan berjalan sendirian di waktu malam.

2. Sentiasa mengunci gate depan rumah walaupun keluar rumah hanya sebentar.

3. Masukkan motorsikal anda ke dalam rumah, atau minimal di halaman rumah dengan gate depan terkunci.

4. Kenali jiran anda kerana mereka akan selalu memperhatikan rumah anda.

5. Jangan keluar hingga larut malam

6. Pastikan anda mempunyai nombor telefon kakak-kakak BG63, dan langsung
menghubungi mereka jika terjadi sesuatu yang dapat membahayakan anda.

Mari bersama-sama menjaga keselamatan dan keharmonian PERDOS UNHAS!!!