Tuesday, June 3, 2008

Ingat Keselamatan Ta'

Kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang tinggal di Perumahan Dosen UNHAS…AWAS!!! Selalulah berwaspada dan berhati-hati…Mungkin kawasan PERDOS kelihatan aman-aman saja…tetapi kebelakangan ini banyak hal-hal yang membimbangkan terjadi….malam kemarin motorsikal salah seorang penghuni BG63 hampir dicuri…..Alhamdulillah pencurinya tidak sempat untuk membawa lari motorsikal tersebut..tetapi seatnya telah tertanggal. Cuba perhatikan dengan cermat lingkungan kita….dinding-dinding dicoret…anak-anak muda ada yang melepak di pinggir-pinggir jalan hingga larut malam…lingkungan seperti ini amat mengkhuatirkan…rawan kecurian.

Kalau ditelusuri, sebelum ini telah banyak kes-kes kecurian dan perampokan berlaku…ada diantara rumah adik-adik di PERDOS yang sudah 2 kali kebobolan maling. Malah pernah di sianghari ketika lagi solat Jumaat di masjid. (tetapi tidak menjadi alasan untuk setelah ini tidak ke masjid untuk solat jumaat) Ada juga sahabat yang dirampok dan diancam dengan pisau ketika pulang berjalan kaki dari pintu wesabbe. Ada juga ibu-ibu yang diragut rantai emasnya di siang hari ketika berjalan pulang.

Berikut adalah beberapa saran dan tips yang dapat dikongsi bersama:

1. Jangan berjalan sendirian di waktu malam.

2. Sentiasa mengunci gate depan rumah walaupun keluar rumah hanya sebentar.

3. Masukkan motorsikal anda ke dalam rumah, atau minimal di halaman rumah dengan gate depan terkunci.

4. Kenali jiran anda kerana mereka akan selalu memperhatikan rumah anda.

5. Jangan keluar hingga larut malam

6. Pastikan anda mempunyai nombor telefon kakak-kakak BG63, dan langsung
menghubungi mereka jika terjadi sesuatu yang dapat membahayakan anda.

Mari bersama-sama menjaga keselamatan dan keharmonian PERDOS UNHAS!!!

1 comment:

Unknown said...

salam perjuangan...

wah! kakak2 BG 63 memang prihatin!