Sunday, November 16, 2008
Langkah Pertama
Begitulah dalam lembar-lembar kehidupan yang telah dan akan kita lalui, kita sering dituntut untuk mengambil langkah pertama , kerana bermula darinya, barulah episod yang bernama kehidupan terungkap satu demi satu.
Meski kata-kata yang terlafazkan; mudah seiring ringannya lidah, tetap hati kita tidak jarang diterpa keraguan, bermonolog dengan segala kemungkinan kerana kita tahu bahawa konsekuensinya tidak mudah, risikonya tak terjangkakan dan kesudahannya adalah penamat; bisa saja sukses dan bisa juga gagal.
Meninggalkan kampung halaman dan kehangatan kasih keluarga demi sebuah cita, kita semua sebenarnya telahpun mengambil langkah yang pertama. Sedar ataupun tidak.
Justeru dalam ketidakpastian dan mungkin sedikit prasangka yang menyelubungi, kita masing-masing menggagahkan diri, mengambil langkah dalam sangsi, apa benar ini langkah yang harus kita ambil? Apa kita tidak salah?
Keraguan pasti menghunjam meski dalam lubuk hati yang paling dalam sekalipun. Akan tetapi, buka mata dan lihat keberadaan dan eksistensi kita di atas bumi yang asing ini adalah suatu yang nyata. Ada beban yang tidak sedikit dari cita-cita yang cuba kita raih.
Barangkali rasa dan perasaan yang serupa dirasakan oleh seorang Umar bin Abdul Aziz apabila diberikan amanah sebagai khalifah. Langkah pertama baginya terasa sungguh berat dan sulit. Meninggalkan kemewahan seorang bangsawan yang dilakoninya sejak kecil untuk sebuah kehidupan yang sangat sederhana. Langkah pertama yang diambilnya menuntut sebesar-besar pengorbanan kerana tidak ada lagi akhir yang dia dambakan, tidak ada lagi matlamat yang lebih tinggi yang dia harapkan selain syurga.
Segalanya bermula dari langkah pertamanya yang menanggalkan segala kebesaran raja sehingga akhir perjalanan masa kekhalifahannya yang singkat merupakan momen paling cemerlang dalam catatan sejarah sepanjang pemerintahan khilafah Umayyah.
Menepis keraguan dan menetapkan akhir dari sebuah perjalanan hidupnya, tekad inilah yang telah menghantar namanya yang harum sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang kelima.
Maka, bermula dengan langkah yang pertama, harus ada tekad dan matlamat sekeras baja, rencana kesudahan dari akhir perjalanan seharusnya sudah disemat awal-awal dan usaha-usaha merealisasikannya sudah bergerak dari sekarang, kerana langkah pertama ini adalah langkah yang menentukan...
Saturday, July 26, 2008
Dokter dan Tuhan!
dalam kesibukan ini..aku ambil sikit waktu untuk kongsi dengan korang semua...
bukan apa..sekadar saling mengingatkan...
memang profesi yang kebanyakan kita kejar sekarang adalah sebuah profesi yang sangat mulia...tetapi kita harus ingat...jangan plak kita merasa diri kita sangat mulia... kemuliaan hanya milik Allah...
semua yang kita belajar (ilmu kedokteran) selama ini hanyalah sebagai alat dan ikhtiar... tetapi yang akhirnya ...the final result...tetap milik Allah...
Jangan seperti Firaun yang merasa dirinya seperti tuhan...yang bisa mematikan dan menghidupkan...
waktu kat obgyn ni selalu gak dihadapkan dengan kematian....kadang2 ada perasaan seronok bila dapat membantu melahirkan bayi.... ada kepuasan tersendiri... tetapi terkadang banyak juga berhadapan dengan kematian. Janin yang awalnya kita rasa dalam keadaan yang baik....tunggu melahirkan...tup...tiba2 DJJ (denyut jantung janin) hilang.... Masyaallah...sungguh kita sebenarnya manusia yang tidak berdaya....
memang terkadang profesi ini bisa mendekatkan diri dengan Allah...tapi tidak kurang yang membuatkan para dokter dan calon dokter malah lebih jauh dari Khalik. merasa hebat. Sombong.
jadi ingatlah...dokter bukan Tuhan... berdoalah...semoga iman tetap di hati... teruskan belajar...semoga setiap ilmu yang kita peroleh mendekatkan diri kita dengan Allah.
Monday, July 7, 2008
RSWS!! Oh RSWS!!
Bukan untuk mengajak anda melihat kelemahan management rumah sakit. Tapi kami ingin berkongsi dengan anda, kami ingin anda melihat, buka mata dan hati anda. Inilah kondisi dan kultur masyarakat yang akan dihadapi oleh anda (adik-adik di FK-UNHAS).
Ketika Allah swt menurunkun wahyu yang pertama mengajak kita supaya membaca, bukan sekadar membaca tulisan-tulisan, tetapi juga supaya kita bisa membaca setiap situasi pada setiap kondisi. Dalam proses membentuk peribadi seorang dokter muslim yang soleh dan musleh, kita harus jeli, dan sentiasa sensitif dengan keadaan lingkungan kita. Setiap masyarakat mempunyai kultur dan gaya hidup masing-masing. Kemampuan untuk membaca dan mencerna kultur di setiap lingkup masyarakat amat penting, guna membawa perbaikan dalam masyarakat yang multikultural.
Contohnya kalau patient yang perlu dilakukan pembedahan @ operasi, untuk mendapat persetujuan keluarga terkadang butuh beberapa hari bahkan berminggu-minggu. Tunggu persetujuan dari Atuk di kampong, nenek, tante, Om, dan lain2 lagi. Tetapi apakah tindakan kita dalam kondisi ini? Adakah wajar untuk kita memarahi keluarga si patient tersebut? Atau meneruskan tindakan operasi yang jelas-jelas melanggar undang-undang? Nah! Fikirkan.
Contoh lagi...patient yang datang dengan open fracture...yang jelas2 memerlukan tindakan operasi. Tetapi patient minta untuk pulang ke rumah dan berobat di dukun. Mungkin kerana takut dioperasi, tiada biaya, dan bla..bla..bla…banyak lagi alasan yang terkadang tidak masuk di akal. Tetapi itulah persepsi yang ada di masyarakat. Nah..apakah yang akan anda lakukan? Tidak mudah untuk meyakinkan patient. Saran anda?
Sekadar untuk membuka mata anda…lihatlah…fikirkanlah.
Friday, July 4, 2008
hamba
Tenggelam…
Dalam gaduh-gelisah yang tak berdasar
Hitam pekat tak tertembus sinar
Hanya kebutaan yang memimpin
Langkah tertatih-tatih
Memanggul jiwa ringkih
Mulut komat-kamit berdoa
Tangan terus berayun ke atas
Mencari permukaan yang tak terlihat
Dalam titik-titik noda
Cermin tak lagi mampu merefleksi sinar
Apa kedalaman yang melemaskan atau
Mata tak mampu lagi menatap cahaya?
PEDULI
Pernahkah kita merenung gelapnya malam? Atau cemerlang senja di ufuk langit? Barangkali dalam jeda kehidupan, kita pernah melakukannya. Tetapi persoalan yang lebih penting; apakah makna dari perenungan kita? Adakah Cuma pandangan kosong, ataupun punya erti-erti lain. Perenungan kita… kitalah yang mendefinisikannya.
Pernahkah kita bertanya mengapa malam itu gelap? Mengapa langit senja sebegitu merahnya? Barangkali sebahagian dari kita pernah, dan sebahagian yang lain bahkan tidak pernah mendapatkan momentum untuk sekadar mengambil tahu.
Dalam kehidupan sehari-hari, mengambil tahu itu adalah peduli. Bagaimana subuh kita pagi ini? Barangkali kita boleh tersenyum lega kerana subuh kita ‘selamat’. Alhamdulillah. Tetapi, masih ada lagi persoalan yang mengiringi. Sudahkah teman serumah atau sebilik kita menunaikan solat subuh pada pagi ini?
Ini adalah persoalan kepedulian. Adakah kita prihatin dengan keadaan teman kita, sahabat kita dan saudara-saudara kita? Sabda Baginda S.A.W. “Siapa yang berpagi-pagi dan tidak mempedulikan urusan kaum Muslimin, bukanlah dia dari kalangan mereka”
Bagaimana kondisi teman kita pada hari ini? Sihatkah? Sakitkah? Sudah makan atau belum? Sedang kesulitan atau lagi senang? Inilah persoalan yang paling dekat dengan skenario kehidupan seharian kita. Menebar kepedulian merupakan bahagian dari kehidupan. Indahnya Islam, semua yang bernaung di bawah kalimah-Nya adalah bersaudara.
Tidak kira di belahan bumi mana sekalipun, asal kalimah Tauhid yang sama kita pegang, kita adalah bersaudara, dan rasa persaudaraan ini punya tanggungjawabnya yang tersendiri. Kepedulian merupakan satu ranting dari cabang-cabang pohon ukhuwwah.
Peduli, barangkali merupakan satu perkataan dengan enam abjad. Tetapi menebar kepedulian lewat kata-kata sapa atau senyuman, punya makna-makna yang dapat mewarnai hari-hari kita. Jangan sampai kita menjadi renggang kerana tidak peduli. Renungkanlah, betapa kepedulian punya kesenangannya yang tersendiri.
Tuesday, June 17, 2008
Caution!!!
Strategi syaitan profesional
SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan.
Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terjang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.
Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.
Antara strategi syaitan ialah:
1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.
Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan.
Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang meyakinkan."
Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia.
Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.
2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan.
Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.
Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi s.a.w dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."
Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran.
Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.
3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas, sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan berasa bersama dengan Allah.
4. Syaitan sangat suka orang sombong diri, sebaliknya syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri.
Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh' (Tuhan).
Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu 'BEST'. B merujuk kepada 'believe in Allah' (beriman kepada Allah), E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati), S ialah 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas) dan T ialah 'towards excellence' (menggapai keunggulan).
Cuma satu hal, apabila sudah berjaya jangan sombong diri, nanti makan diri.
By : Abe Mi
Tuesday, June 10, 2008
Gadis Kecil
Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar matahari pagi
Demikianlah gadis kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.
Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
'saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.'
Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya
sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'
Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?
Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.


